Pilih bahasa anda

Program CSR@KUSTA 3.0

 

11 Julai 2026 - Keprihatinan terhadap komuniti serta usaha menghapus stigma terus dizahirkan melalui pelaksanaan Program CSR@KUSTA 3.0 yang berlangsung di UiTM Kampus Sungai Buloh dengan kolaborasi Pusat Kawalan Kusta Negara. Program anjuran Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) ini turut melibatkan Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia serta disokong oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, Hospital Sungai Buloh, McDonald’s Malaysia dan komuniti setempat. Inisiatif ini memberi fokus kepada peningkatan kesedaran dan kefahaman mengenai penyakit kusta, di samping menghapus stigma serta menyantuni pesakit dan bekas pesakit.

Pelbagai pengisian berimpak telah dilaksanakan termasuk Simposium Leprosy, sesi perkongsian pengalaman bersama pesakit dan bekas pesakit kusta, lawatan heritage serta galeri kusta dan aktiviti explorace. Program ini juga meneruskan kesinambungan edisi terdahulu melalui pendekatan komuniti yang menyeluruh. Secara keseluruhannya, pelaksanaan program ini berjaya meningkatkan kesedaran masyarakat, memupuk nilai empati serta memperkukuh hubungan antara warga kampus, agensi kesihatan dan komuniti, dengan sokongan berterusan pihak pengurusan kampus dalam memastikan kelestarian dan keberkesanan inisiatif berimpak tinggi seperti ini.

 Sumber: Unit Komunikasi Korporat

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000