Pilih bahasa anda

Kunjungan penandaarasan Unit Kenderaan UiTM Cawangan Perak

 

14 Julai 2026 - Memperkasa pengurusan aset logistik melalui perkongsian amalan terbaik, Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia UiTM Cawangan Selangor telah menerima kunjungan penandaarasan Unit Kenderaan UiTM Cawangan Perak melibatkan 13 staf dari Kampus Seri Iskandar dan Tapah.

Lawatan ini memperkukuh kerjasama antara kampus serta membuka ruang perkongsian pengalaman dalam pengurusan aset logistik universiti, dengan fokus kepada SOP terbaik, strategi pengurusan kos dan pengoptimuman sumber. Usaha ini diharap menjadi pemangkin kepada penambahbaikan berterusan dalam pengurusan kampus serta memupuk budaya kerjasama strategik antara kampus demi kecemerlangan UiTM.

Sumber: Unit Komunikasi Korporat

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000