
15 Julai 2026 - Dalam usaha memperkasa tadbir urus dan pengurusan pentadbiran, Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia (BPSM) UiTM Cawangan Selangor telah menerima lawatan penandaarasan daripada Jabatan Undang-Undang UiTM Shah Alam melibatkan 15 orang delegasi yang diketuai oleh Timbalan Penasihat Undang-Undang.
Sesi ini merangkumi perkongsian amalan terbaik dalam pelaksanaan tadbir urus, dokumentasi proses kerja, pengurusan fail dan rekod serta pelaksanaan EKSA. Lawatan ini mencerminkan pengiktirafan terhadap kepakaran BPSM sebagai rujukan, di samping memperkukuh budaya perkongsian ilmu, amalan terbaik dan jaringan kolaborasi strategik antara PTJ demi kecemerlangan penyampaian perkhidmatan UiTM, sekali gus menzahirkan komitmen dan sokongan pihak pengurusan kampus terhadap pengukuhan tadbir urus yang berkesan.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat

