Pilih bahasa anda

Walk & Care 2026

 

15 Julai 2026 - Walk & Care 2026 telah menghimpunkan seramai 57 warga staf UiTM Cawangan Selangor Kampus Dengkil dan pelajar Pusat Asasi menerusi aktiviti brisk walk serta plogging sebagai usaha memperkasa gaya hidup sihat dan menyemai kesedaran terhadap kelestarian alam sekitar. Program anjuran Unit Sukan dengan kerjasama Unit Pentadbiran Strategik & Sumber Manusia ini turut memperlihatkan komitmen warga kampus dalam membudayakan amalan hidup aktif, prihatin dan bertanggungjawab.

Aktiviti plogging yang dilaksanakan berjaya mengumpulkan bahan kitar semula melibatkan plastik, aluminium, kaca dan kertas untuk diasingkan serta diurus secara mampan. Inisiatif ini selaras dengan aspirasi IDART UiTM dalam memperkukuh nilai integriti, tanggungjawab sosial dan kelestarian, di samping menzahirkan komitmen pihak pengurusan kampus dalam mewujudkan persekitaran kampus yang sihat, kondusif dan lestari.

 Sumber: Unit Komunikasi Korporat

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000