
25 Julai 2026 - Tahniah kepada Fakulti Pendidikan UiTM atas penganjuran Karnival Pendidikan Keusahawanan Projek artSMart Siri ke-9. Program ini menjadi platform strategik dalam memperkenalkan produk usahawan PKS B40 ke pasaran yang lebih luas melalui penggunaan teknologi digital, media baharu serta strategi pemasaran yang kreatif dan inovatif. Penglibatan mahasiswa Fakulti Pendidikan UiTM membuktikan keupayaan mereka menerapkan ilmu akademik dalam penyelesaian sebenar yang memberi manfaat kepada usahawan dan komuniti.
Pelaksanaan projek ini selari dengan aspirasi Malaysia MADANI, Dasar Keusahawanan Nasional 2030, MyDIGITAL serta Dasar Pendidikan Digital yang menekankan pembangunan modal insan, transformasi digital, pembudayaan keusahawanan dan pengukuhan ekonomi komuniti. Inisiatif ini diperkasakan melalui kerjasama strategik bersama Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan; Eco Grandeur, EcoWorld Malaysia; Bahagian Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni (iCARE) UiTM Cawangan Selangor; serta Akademi Keusahawanan PKS Malaysia (MASMED) UiTM.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat

