Pilih bahasa anda

Program Dapur Siswa Madani@UiTM

 

25 Julai 2026 - Program Dapur Siswa Madani@UiTM telah berlangsung dengan jayanya di UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam. Penganjuran ini merupakan hasil kerjasama strategik antara Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Unit Residensi dan Hospitaliti Pelajar, Unit Hal Ehwal Islam serta Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan dalam usaha memperkukuh kebajikan mahasiswa melalui penyediaan makanan berkualiti pada harga berpatutan, di samping menyemai nilai keprihatinan dan kebersamaan dalam komuniti kampus. Melalui pelaksanaan program ini, agihan makanan turut disalurkan kepada 800 pelajar di Kampus Puncak Alam dan Kampus Puncak Perdana sebagai sebahagian daripada usaha memperluas manfaat kebajikan mahasiswa.

Dapur Siswa Madani@UiTM merupakan salah satu inisiatif UiTM dalam menyokong kesejahteraan mahasiswa dengan menyediakan ruang yang kondusif kepada pelajar untuk menyediakan makanan sendiri, di samping menerima sokongan peruntukan bahan mentah bagi membantu meringankan kos sara hidup. UiTM Cawangan Selangor turut mengalu-alukan kerjasama pihak industri, komuniti dan rakan strategik dalam menyumbang bahan mentah serta menyokong kelangsungan inisiatif ini, selaras dengan aspirasi Kementerian Pendidikan Tinggi dalam memperkukuh ekosistem kebajikan mahasiswa yang mampan.

Sumber: Unit Komunikasi Korporat

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000