Pilih bahasa anda

Bootcamp @UCS: Penulisan Buku Inovasi 2026

 

27 Julai 2026 - Usaha memperkasakan budaya inovasi dan penerbitan akademik terus diperkukuh apabila Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia (BPSM), UiTM Cawangan Selangor menganjurkan Bootcamp @UCS: Penulisan Buku Inovasi 2026. Program ini menghimpunkan 9 kumpulan Operational Excellence (OE) bagi meningkatkan kemahiran penulisan artikel inovasi melalui bimbingan intensif daripada pakar sebagai persediaan penerbitan Buku Inovasi 2026.

Sepanjang program, para peserta didedahkan dengan kaedah menukar laporan inovasi kepada artikel yang memenuhi standard penerbitan, sekali gus menyokong peningkatan penerbitan inovasi berindeks ISSN serta memperkukuh reputasi UiTM sebagai peneraju kecemerlangan inovasi. Program ini diharap menjadi pemangkin kepada penghasilan lebih banyak penulisan inovasi berkualiti tinggi, di samping mencerminkan komitmen pihak pengurusan kampus dalam memperkasa ekosistem ilmu, inovasi dan kecemerlangan organisasi.

Sumber: Unit Komunikasi Korporat

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000