
31 Julai 2026 - UiTM Cawangan Selangor berbesar hati menerima sumbangan Automated External Defibrillator (AED) daripada TRIplc Ventures Sdn. Bhd. sebagai usaha memperkukuh aspek keselamatan dan kesiapsiagaan kecemasan di kampus. Sesi penyerahan ini mencerminkan jalinan kerjasama strategik antara institusi pendidikan dan sektor industri.
Sumbangan ini turut menyokong persekitaran kampus yang lebih selamat dan responsif, khususnya dalam menghadapi situasi kecemasan yang memerlukan tindakan segera. Inisiatif seumpama ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran serta kesiapsiagaan warga kampus terhadap kepentingan bantuan awal menyelamatkan nyawa.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat

