
26 Ogos 2026 - UiTM Cawangan Selangor melalui Kolej Angsana Casuarina telah melaksanakan misi jelajah akademik dan komuniti antarabangsa CASUAWIBAWA International Community Engagement ke Universitas Negeri Yogyakarta (UNY), Indonesia, dengan penyertaan 20 orang pelajar dan enam orang staf pengiring. Misi ini menjadi platform pengantarabangsaan yang menggabungkan elemen akademik, pembangunan pelajar, keusahawanan dan keterlibatan komuniti di peringkat antarabangsa.
Hari pertama misi menyaksikan delegasi menyertai program UiTM x UNY Leadership Exchange (LEADFORWARD FORUM) bersama warga Fakultas Ilmu Keolahragaan dan Kesehatan (FIKK) UNY bagi membincangkan inisiatif pembangunan dan pembudayaan keusahawanan. Delegasi turut mengadakan lawatan penanda aras ke pusat inkubator Health and Sport Center (HSC) dan UNY Plaza yang menawarkan perkhidmatan serta ruang perniagaan kelolaan pelajar dan alumni, sekali gus memberikan pendedahan dan pengalaman bermakna kepada para pelajar terhadap ekosistem keusahawanan.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat

