Pilih bahasa anda

Dahlia Blooms Market 2.0

ucs

 

29 Oktober 2026 - Aspirasi Koridor Keusahawanan Pelajar diterjemahkan menerusi penganjuran Dahlia Blooms Market 2.0 anjuran Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) Kolej Dahlia yang membuka tirai edisi pertamanya di Dataran Dahlia, UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam. Program yang merupakan sebahagian daripada siri penganjuran bagi semester Oktober 2026 hingga Februari 2027 ini mencatatkan penyertaan seramai 23 pengusaha mahasiswa dan kehadiran 1,261 pengunjung, sekali gus menyediakan platform kepada mahasiswa untuk meneroka peluang perniagaan, mengasah kemahiran keusahawanan serta memperoleh pengalaman mengurus perniagaan secara langsung.

Keunikan penganjuran ini turut terserlah menerusi sesi perkongsian inspirasi bertajuk “Yang Lain Boleh Hilang, Asal Jangan Diri Sendiri” yang mengetengahkan nilai ketabahan, kekuatan diri dan semangat bangkit menghadapi cabaran kehidupan. Dengan sokongan Unit Residensi dan Hospitaliti Pelajar (URHP), barisan Staf Residen Kolej (SRK), JPK/JPB serta warga Kolej Dahlia, inisiatif ini bukan sahaja menyemarakkan budaya keusahawanan dalam kalangan mahasiswa, malah menyokong aspirasi UiTM Cawangan Selangor untuk melahirkan graduan yang berdaya saing, berdaya tahan dan berpotensi menjadi usahawan Bumiputera yang berjaya.

Sumber: Unit Komunikasi Korporat

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000