
30 Oktober 2026 - Kemudahan pengangkutan yang cekap dan berkualiti merupakan antara elemen penting dalam menyokong kelancaran operasi serta penyampaian perkhidmatan UiTM Cawangan Selangor. Seiring dengan keperluan ini, penyerahan sebuah van rasmi baharu kepada Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia (BPSM) mencerminkan keprihatinan pihak pengurusan kampus dalam menambah baik kemudahan logistik dan pengangkutan bagi memenuhi keperluan operasi kampus yang lebih baik demi kesejahteraan warga.
Penambahan aset pengangkutan ini diharap dapat meningkatkan kecekapan pengurusan pergerakan dan urusan rasmi, di samping memastikan pelaksanaan tugas harian dapat diselaraskan dengan lebih teratur dan berkesan.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat

