Puncak Alam, 16 Mac 2023 –Sesi taklimat dan pengenalan Pengurusan Eksekutif UCS bersama Timbalan-timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dimeriahkan dengan kehadiran Nando’s Malaysia pada Minggu Destini Siswa (MDS) bagi semester 2023/2 di Kampus Puncak Alam.
Kehadiran Nando’s sedikit sebanyak menceriakan mahasiswa yang baru mendaftar, dan barisan sukarelawan pelajar serta ahli-ahli Majlis Perwakilan Pelajar yang turut serta pada sesi tersebut. Pelbagai aktiviti dan hadiah menarik disediakan oleh pihak Nando’s selain turut menampilkan maskot mereka iaitu “Barci the Chicken”.
Nando’s Malaysia turut berbesar hati menawarkan diskaun hanya kepada warga UCS dan pelajar yang menyertai keahlian restoran tersebut. Malah mahasiswa dan warga UCS yang hadir pada sesi MDS tersebut turut diberi kupon makanan percuma yang boleh ditebus di Nando’s Eco Grandeur yang bakal dibuka pada awal April nanti.
Pihak UCS dan Unit Hal Ehwal Pelajar merakamkan ribuan terima kasih kepada Nando’s Malaysia kerana turut serta dan memeriahkan MDS di UCS. Semoga jalinan persahabatan dan kerjasama antara UCS dan Nando’s Malaysa khusunya Nando’s cawangan Eco Grandeur akan berterusan.
Sumber : Nor Azyyati Md Saad (Unit Komunikasi Korporat)