Sesi Penyerahan dan Pengaktifan Kad Prihatin Siswa

PUNCAK ALAM, 6 APRIL 2023 – Seramai 15,000 orang pelajar di UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam akan terlibat dalam sesi penyerahan dan pengaktifan Kad Prihatin Siswa yang dijangka berlangsung bermula 6 April 2023 hingga 14 April 2023.

Kad Prihatin Siswa adalah merupakan satu inisiatif Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersama-sama Universiti Awam di Malaysia dan bank RHB bagi melaksanakan inisiatif penjimatan kewangan, cashless campus, smart campus, identiti siswa dan mewujudkan ekosistem kewangan yang lebih baik kepada siswa, pengurusan universiti, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional ( PTPTN) dan KPT.

Program yang merupakan anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan rakan strategik, Bahagian Infrastuktur UiTM Cawangan Selangor, dengan kerjasama RHB bank ini turut berlangsung pada 3 – 6 April 2023, di Kampus Dengkil dan Kampus Sungai Buloh, dan pada 6 – 12 April 2023 di Kampus Puncak Perdana.

Sumber : Nor Azyyati Md Saad (Unit Komunikasi Korporat)

Contact Us

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000