Iftar Perdana UCS 2023

PUNCAK ALAM, 12 APRIL 2023 – Majlis Iftar Perdana UiTM Cawangan Selangor anjuran Unit Hal Ehwal Islam UCS dengan kerjasama TRIplc dan Majlis Agama Islam Mais telah diadakan di perkarangan Surau Ibnu Sina UiTM Kampus Puncak Alam. Majlis telah diserikan dengan kehadiran YBhg Profesor Dr. Mohd Sazili Shahibi, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, UiTM dan Timbalan Rektor Penyelidikan dan Inovasi, Menjalankan Tugas-tugas Rektor, YBhg Profesor Ts Dr. Asmah Awal serta ahli pengurusan UCS.

Prof TNC dan barisan pengurusan UCS turut berbesar hati berkunjung ke bazar Ramadan berdekatan kolej kediaman Casuarina dan membeli beberapa juadah berbuka untuk pelajar yang ada di situ. Majlis turut menyampaikan sumbangan kepada pelajar B40 untuk pulang beraya di kampung.

Sumber : Nor Azyyati Md Saad (Unit Komunikasi Korporat)

Contact Us

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000