Sambutan World Quran hour 2023 UiTM Cawangan Selangor

PUNCAK ALAM, 13 APRIL 2023 – Unit Hal Ehwal Islam, UiTM Cawangan Selangor dengan kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak, Kampus Puncak Alam telah menganjurkan sambutan World Quran Hour yang turut diadakan serentak diseluruh negara pada 13 April 2023 bersamaan 22 Ramadhan 1444H.

Al-Fadhil Ustaz Hj. Nadzri Mustakim, Imam Masjid Negara Malaysia telah dijemput untuk memimpin bacaan dan tadabbur surah Al-Insan, surah yang dipilih untuk World Quran Hour pada tahun ini. Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Profesor Ts. Dr Asmah Awal, Penolong Rektor (Penyelidikan & Inovasi) Menjalankan Tugas-Tugas Rektor, UiTM Cawangan Selangor.

Dalam ucapan perasmianya, YBhg. Prof turut meyatakan pengaharapan agar dengan adanya program sebegini, akan wujudkan satu keinginan untuk membaca al Quran berterusan dikalangan warga UCS.

Sumber : Nor Azyyati Md Saad (Unit Komunikasi Korporat)

Contact Us

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000