Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri UITM Cawangan Selangor 2023

PUNCAK ALAM, 16 Mei 2023 – Seramai lebih 400 orang warga kerja dari jabatan-jabatan di bawah UiTM Cawangan Selangor berkumpul di Dewan Berlian UiTM Puncak Alam bagi menjayakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri UiTM Cawangan Selangor 2023 yang bertemakan “Raya di Desa”.

Majlis sambutan raya peringkat UCS kali ini amat bermakna kerana telah dijayakan semula sejak kali terakhir diadakan pada tahun 2019. Pada majlis ini, terdapat 15 booth makanan terlibat dari jabatan-jabatan yang berada dibawah UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam. Turut terlibat adalah Kampus Sungai Buloh dan Kampus Dengkil, dengan masing-masing menghantar wakil satu booth makanan.

Majlis ini diserikan dengan kehadiran YBhg Prosefor Dr Ahmad Sazali Hamzah, mantan Rektor UiTM Cawangan Selangor, YBhg Prosefor Ts. Dr Asmah Awal, Timbalan Rektor Penyelidikan & Inovasi, Menjalankan Tugas-tugas Rektor UiTM Cawangan Selangor serta barisan pengurusan kanan UiTM Cawangan Selangor yang lain.

Majlis seumpama ini dianjurkan bagi memberi rasa kegirangan di kalangan staf UCS dan memupuk kasih saying serta kerjasama diantara rakan sekerja. “Secara tidak langsung majllis ini dapat memupuk semangat perpaduan, kerjasama, semangat kerja berpasukan dan  sebagai satu keluarga UCS. Semoga Aidilfitri ini menjadi kesempatan terbaik untuk melupakan perselisihan dan persengketaan dalam menjalankan tugas masing-masing sebelum ini”, ujar YBhg Prosefor Ts. Dr Asmah Awal dalam ucapan aluan beliau.

Terima kasih diucapkan kepada jawatankuasa kerja dan semua PTJyang turut serta menjayakan majlis sambutan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri UiTM Cawangan Selangor 2023.

Sumber : Nor Azyyati Md Saad (Unit Komunikasi Korporat)

Contact Us

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000