Program Jom Sihat UCS 2023

PUNCAK ALAM, 25 Ogos 2023 - Aktiviti perlumbaan pendakian Bukit Cadamba di Kampus Puncak Alam telah dijalankan bersempena Program Jom Sihat UCS. Aktiviti ini merupakan salah satu daripada agenda sambutan bulan kebangsaan peringkat UiTM Cawangan Selangor bagi tahun 2023. Pemenang pendakian dipilih bukan saja kerana kepantasan pendakian Bukit Cadamba secara berkumpulan, tetapi berjaya menjawab soalan-soalan berkaitan bulan kebangsaan dengan tepat.

Program telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Ts. Dr Asmah Awal, Timbalan Rektor Penyelidikan dan Inovasi (Menjalankan Tugas-tugas Rektor) UiTM Cawangan Selangor (UCS). Acara pendakian ini turut disertai oleh staf pentadbiran dan akademik dari Kampus Puncak Alam, Kampus Puncak Perdana, Kampus Sungai Buloh dan Kampus Shah Alam.

 

Sumber : Nor Azyyati Md Saad (Unit Komunikasi Korporat)

Contact Us

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000