Majlis Kemuncak Sambutan Bulan Kebangsaan UCS 2023

PUNCAK ALAM, 6 September 2023 Unit Komunikasi Korporat UiTM Cawangan Selangor telah berjaya menganjurkan Majlis Kemuncak Sambutan Bulan Kebangsaan UCS 2023 yang bertempat di DK500 UiTM Kampus Puncak Alam. Majlis telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Ts. Dr Asmah Awal, Timbalan Rektor Penyelidikan dan Inovasi (Menjalankan Tugas-tugas Rektor) UiTM Cawangan Selangor (UCS).

Berbesar hati memeriahkan majlis dengan penyampaian ceramah kemerdekaan ialah jemputan khas iaitu YH Profesor Emeritus Dato' Dr. Ahmad Bin Hj Zainuddin. Figura ini merupakan seorang tokoh yang telah banyak berjasa dalam dunia pendidikan negara selama lebih 45 tahun. Sumbangan beliau terhadap UiTM amat bermakna kerana figura ini juga merupakan pencipta logo UiTM dan Lagu Wawasan Setia Warga.

Majlis kemuncak ini juga turut meraikan warga UCS yang telah berjaya menjalankan pelbagai program sepanjang Program Bulan Kebangsaan UCS, antaranya adalah pertandingan keceriaan merdeka, pertandingan fotografi, gotong royong merdeka dan Jom Sihat@UCS. Penyampaian hadiah bagi kesemua program yang dianjurkan telah berlangsung pada Majlis Kemuncak Sambutan Bulan Kebangsaan UCS 2023 ini.

 

Sumber : Nor Azyyati Md Saad (Unit Komunikasi Korporat)

Contact Us

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000