Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen UCS ke Karisma 2023 & Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Bersama Persatuan Tarik Tali WPKL

18 September 2023 - bertempat di DK500, UiTM Kampus Puncak Alam, telah berlangsungnya majlis penyerahan bendera kepada kontinjen UiTM Cawangan Selangor.

Ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh YBrs. Profesor Madya Dr Badrul Isa, Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar) dan seterusnya ucapan amanat disampaikan oleh YBhg. Prof. Ts. Dr Asmah Awal Timbalan Rektor Penyelidikan & Inovasi (Menjalankan Tugas-tugas Rektor) UiTM Cawangan Selangor (UCS).

Majlis diteruskan dengan upacara menandatangani memorandum persefahaman (MOU) antara UiTM dengan Persatuan Tarik Tali WPKL. Sebanyak 19 pasukan daripada UiTM yang bakal menyertai KARISMA 2023 kali ini.

Selamat maju jaya diucapkan kepada seluruh kontinjen.

UCS JUARA!!!

 

Sumber : Muhammad Ainuddin Mohd Hata (Unit Komunikasi Korporat)

Contact Us

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000