Kursus Pengurusan Organisasi (KPO 2024)

9-21 Januari 2024 - Unit Residensi dan Hospitaliti Pelajar (URHP) dan Staf Residen Kolej (SRK) UiTM Cawangan Selangor Kampus Sungai Buloh, Selayang & Teluk Intan telah menganjurkan Kursus Pengurusan Organisasi (KPO 2024). Program ini merupakan satu inisiatif yang dianjurkan bagi memberikan pendedahan dan persediaan mental dan fizikal kepada JPK dan Sekretariat kolej kediaman untuk menganjurkan program pembangunan pelajar sepanjang tahun 2024 ini.

Perasmian penutup program disempurnakan oleh YBrs. Dr Norhasnida Nordin, Pengetua Kolej Kediaman UiTM Cawangan Selangor Kampus Sungai Buloh, Selayang & Teluk Intan yang turut mengingatkan barisan JPK dan SRK agar sentiasa prihatin dengan permasalahan pelajar di kolej kediaman dan tindakan segera perlu diberikan melalui saluran yang tepat.

#UCSCemerlang

Sumber: Unit Komunikasi Korporat

Contact Us

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000