Kunjungan Hormat dari Kesatuan Kakitangan Akademik Universiti Teknologi Mara (MITASA)

23 Januari 2024 - Satu sesi kunjungan hormat dari Kesatuan Kakitangan Akademik Universiti Teknologi MARA (MITASA) yang diwakili oleh Encik Saharuddin Lin, Presiden MITASA, Dr. Faridah Hussain, Setiausaha MITASA dan beberapa wakil exco telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama, Bangunan FF1 Kampus Puncak Alam.

YBhg. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UiTM Cawangan Selangor berbesar hati menyambut kunjungan tersebut yang turut dihadiri oleh Puan Alfina Bakar, Ketua Timbalan Pendaftar Kanan, bersama wakil pentadbiran UiTM Cawangan Selangor. Kunjungan ini bertujuan membawa dan membincangkan isu kebajikan, kesejahteraan dan kepentingan staf akademik di UiTM Cawangan Selangor untuk perhatian dan pandangan rektor.

#UCSCemerlang

Sumber: Unit Komunikasi Korporat

Contact Us

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000