UiTM Memperkasakan Remaja Sihat melalui Pendidikan Kesihatan

22 Januari 2024 - Pusat Pengajian Kejururawatan, Fakulti Sains Kesihatan UiTM Cawangan Selangor dengan kerjasama Institute of Continuing Education & Professional Studies (ICEPS) UiTM dan Pusat PERMATA@Pintar Negara, UKM telah menganjurkan "Community Health Program" dengan tema “UiTM Memperkasakan Remaja Sihat Melalui Pendidikan Kesihatan” bertempat di Auditorium Pusat PERMATA@Pintar Negara, UKM.

Program dirasmikan oleh YB Tuan Syahredzan Johan (Ahli Parlimen Bangi) ini menyediakan perkhidmatan saringan kesihatan dan pelbagai kaedah pendidikan kesihatan, dihadiri hampir 200 orang pelajar dan 30 orang pegawai dan kakitangan UKM. Tahniah Fakulti Sains Kesihatan kerana memperkasakan taraf kesihatan masyarakat melalui program USR (University Social Responsibility) bagi memenuhi tuntutan SDG 3 iaitu “Good Health and Wellness”.

#UCSCemerlang

Sumber: Unit Komunikasi Korporat

Contact Us

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000