Perbincangan UiTM Cawangan Selangor bersama Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) UiTM

30 Januari 2024 - Satu sesi perbincangan diantara UiTM Cawangan Selangor bersama Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) UiTM telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama, Bangunan FF1 Kampus Puncak Alam. Mewakili pihak ACIS adalah YBhg. Profesor Dr Mohd Afandi Mat Rani, Dekan ACIS, timbalan-timbalan dekan ACIS serta beberapa orang pensyarah dan staf pentadbiran.

Sesi telah dipengerusikan oleh YBhg. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UiTM Cawangan Selangor. Perbincangan diadakan berkenaan perancangan pembinaan Kompleks Islam Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam. Perancangan bagi pembinaan kompleks serta masjid UiTM Puncak Alam diharap dapat mengimarahkan kampus ini dengan program-program pembangunan sahsiah diri mahasiswa/wi UiTM pada masa akan datang.

#UCSCemerlang

Sumber: Unit Komunikasi Korporat

 

Contact Us

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000