Sesi Libat Urus Naib Canselor UiTM bersama Warga UiTM Cawangan Selangor

2 Februari 2024 - Sekalung penghargaan diucapkan kepada Naib Canselor UiTM, YBhg. Profesor Datuk Dr Shahrin Sahib yang sudi meluangkan masa, mengadakan lawatan rasmi ke UiTM Cawangan Selangor (UCS). Kunjungan beliau disambut oleh YBhg. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor, bersama barisan Pengurusan Kanan UiTM Cawangan Selangor. Sesi lawatan dimulakan dengan perjumpaan bersama ahli Jawatankuasa Eksekutif Negeri (JKEN) UCS bagi memperkenalkan UCS, dan membincangkan langkah serta kaedah pengurusan universiti yang lebih tangkas dan berkesan.

Sesi Libat Urus Naib Canselor UiTM Bersama Warga UiTM Cawangan Selangor turut dijayakan bersempena kunjungan rasmi kali pertama Naib Canselor UiTM ke-7 ke UCS. Pelbagai isu telah dikupas, dan banyak pesanan bermanfaat dititipkan kepada seramai 409 warga UCS yang hadir untuk bertemu dan beramah mesra dengan YBhg. Datuk Naib Canselor.

#UCSCemerlang

Sumber: Unit Komunikasi Korporat

 

Contact Us

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000