Exhibition Review bagi Tahun Akhir Oktober 2023-Februari 2024

 

8 Februari 2024 - Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pelajar Semester 8 dan pensyarah Program Senibina Landskap dari Pengajian Perancang Bandar & Senibina Landskap, Kolej Pengajian Alam Bina (KAB) di UiTM Cawangan Selangor atas kejayaan penganjuran Exhibition Review bagi Tahun Akhir Oktober 2023-Februari 2024.

Berbesar hati menerima jemputan daripada Kolej Alam Bina untuk menghadiri sesi Exhibition Review ini adalah YBhg. Profesor TPr. Dr Jamalunlaili Abdullah, Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni (iCAN), Profesor Ts Sr Dr Md Yusof Hamid, Penolong Naib Canselor Pembangunan, YBhg. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UiTM Cawangan Selangor, Rektor-rektor Kampus Cawangan dan wakil-wakil Rektor Cawangan yang terlibat dalam projek para pelajar ini. Pameran cadangan konsep pelan induk landskap yang diusulkan oleh para pelajar ini melibatkan UiTM Cawangan Selangor, Pulau Pinang, Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Johor, Sabah dan Sarawak.

#UCSCemerlang

Sumber: Unit Komunikasi Korporat

Contact Us

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000