Pameran 'BEYOND BY BOLD 2024' : Final Year Graphic Design Showcase

 

10 Februari 2024 – Syabas dan tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar tahun akhir Program Sarjana Muda Seni Reka Grafik, Kolej Pengajian Seni Kreatif Kampus Puncak Alam atas kejayaan penganjuran Pameran ‘Beyond by Bold 2024’: Final Year Graphic Design Showcase.

YBhg. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UiTM Cawangan Selangor berbesar hati menghadiri majlis perasmian pameran tersebut mewakili Naib Canselor UiTM. Pameran dirasmikan oleh YB Tuan Mohd Najwan Halimi, Exco Belia Sukan & Keusahawanan, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor. Dalam ucapan perasmiannya, YB Najwan menjelaskan Dasar Ekonomi Kreatif bakal dibangunkan oleh Kerajaan Negeri bagi menunjukkan sokongan kepada usahawan bidang tersebut agar lebih teguh dan berdaya maju.

#UCSCemerlang

Sumber: Unit Komunikasi Korporat

Contact Us

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000