Kunjungan Hormat Rektor UiTM Cawangan Selangor ke Pejabat Dato' Menteri Besar Selangor

 

14 Februari 2024 - Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YAB Dato’ Seri Amirudin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor atas kesudian menerima kunjungan hormat dari UiTM Cawangan Selangor. Turut sama menyambut mesra kunjungan ini adalah Encik Mohd Nazri Noh, Pegawai Tugas-tugas Khas Strategik di Pejabat Dato’ Menteri Besar Selangor.

Kunjungan diketuai oleh YBhg. Prof. Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman, disertai oleh YBrs. Prof. Madya Dr Badrul Isa, Timbalan Rektor HEP, YBrs. Puan Alfina Bakar (KMN, CHRM), Ketua Timbalan Pendaftar Kanan, YBhg. Prof. Dr Sazzli Shahlan Kasim, Pengarah Hospital Al-Sultan Abdullah, YBhg. Prof. Dr Sharifah Ruzaina Syed Aris, Dekan Fakulti Pendidikan, dan YBrs. Prof. Madya Dr Fazah Akhtar Hanapiah, Dekan Fakukti Perubatan. Pelbagai usul telah dibawa untuk perhatian pihak Dato’ Menteri Besar, dan beberapa inisiatif kolaborasi UCS bersama kerajaan negeri turut sama dibincangkan. Semoga hasil perbincangan ini dapat dijayakan demi menjadikan UiTM Cawangan Selangor pusat institusi pendidikan tinggi yang mampan; bukan sahaja melahirkan graduan berkebolehpasaran tinggi, tetapi turut menjadi sebuah institusi yang membawa manfaat dan menyumbang kepada masyarakat.

#UCSCemerlang

Sumber: Unit Komunikasi Korporat

Contact Us

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000