UiTM Cawangan Selangor Terima Kunjungan Hormat Asia Chinese Education & Culture (ACEC)

 

15 Februari 2024 – UiTM Cawangan Selangor berbesar hati menerima kunjungan hormat dari wakil Asia Chinese Education & Culture (ACEC). Delegasi telah disambut mesra oleh YBhg. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UiTM Cawangan Selangor, bersama YBhg. Profesor Dr Sharipah Ruzaina Syed Aris, Dekan Fakulti Pendidikan dan beberapa wakil Fakulti Pendidikan.

Kunjungan ini bertujuan menjalinkan hubungan dua hala antara ACEC dan UiTM Cawangan Selangor dan bekerjasama dalam bidang pendidikan khususnya teknologi, penyelidikan dan pembangunan modal insan.

#UCSCemerlang

Sumber: Unit Komunikasi Korporat

Contact Us

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000