Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sesi 2023/2024 UiTM Cawangan Selangor

 

19 Februari 2024 – Satu sesi kunjungan hormat dari Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sesi 2023/2024 UiTM Cawangan Selangor kepada Rektor, YBhg. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman telah berjaya dilangsungkan. Perjumpaan rasmi barisan MPP sulung UCS buat kali pertama ini dihadiri oleh 22 orang ahli MPP, mewakili 3 Kolej Pengajian dan 8 Fakulti dari Kampus Puncak Alam, Kampus Puncak Perdana dan Kampus Sungai Buloh. Kunjungan ini bertujuan memperkenalkan barisan MPP sulung UCS kepada Rektor, menyampaikan misi dan visi, serta membincangkan hala tuju dan perancangan program sepanjang tahun.

Turut hadir adalah YBhg. Profesor Ts. Dr Asmah Awal, Timbalan Rektor Penyelidikan dan Inovasi, YBrs. Profesor Madya Dr Badrul Isa, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar, dan YBrs. Profesor Madya Dr Rosmadi Ghazali, Timbalan Rektor Hubungan Industri, Komuniti, Alumni dan Keusahawanan (iCARE), serta wakil Bahagian Hal Ehwal Pelajar. Mewakili pengurusan UCS, YBhg. Rektor mengucapkan tahniah atas penubuhan jawatankuasa MPP sulung UCS dan berharap barisan pewakilan pelajar yang dilantik dapat menjalankan tangungjawab dengan baik dan berintegriti. Semoga barisan MPP dan pengurusan UCS dapat membentuk sinergi dan bekerjasama dalam menjaga nama baik dan imej universiti.

#UCSCemerlang

Sumber: Unit Komunikasi Korporat

Contact Us

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000