Program Festival UiTM Perform 2024

 

24 Februari 2024 - Syabas dan tahniah Pusat Asasi UiTM Cawangan Selangor atas penganjuran program Festival UiTM Perform 2024. Program 3 hari yang bermula pada Jumaat, 23 Februari 2024 diadakan bagi memberi bimbingan dan panduan kepada para pelajar Pusat Asasi berkaitan program-program yang ditawarkan di UiTM.

Rektor UiTM Cawangan Selangor, YBRs. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman, berbesar hati hadir merasmikan program tersebut mewakili Naib Canselor UiTM dan meluangkan masa melawat kesemua reruai pameran. Penglibatan daripada Kolej-kolej Pengajian, Fakulti dan Pusat Akademik yang menawarkan pelbagai program diharapkan dapat memberi pendedahan kepada para pelajar Pusat Asasi untuk memilih bidang yang sesuai dengan minat dan kemahiran masing-masing bagi melanjutkan pengajian di UiTM.

#UCSCemerlang

Sumber: Unit Komunikasi Korporat

Contact Us

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000