Majlis Perasmian Karnival Sukan Mahasiswa (KARISMA) Kali ke-29 Tahun 2024

 

27 Februari 2024 - Majlis Perasmian Karnival Sukan Mahasiswa (KARISMA) Kali Ke-29 Tahun 2024 telah berlangsung di Dewan Biduanda, UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Rembau yang dirasmikan oleh YBhg. Profesor Datuk Dr. Shahrin Bin Sahib @ Sahibuddin, Naib Canselor UiTM.

Hadir di majlis tersebut, YBrs. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UiTM Cawangan Selangor (UCS) meluangkan masa memberi semangat dan menunjukkan sokongan kepada kontinjen UCS yang diwakili oleh seramai 164 orang atlet yang bakal bertanding dalam 14 acara sukan yang dipertandingkan. Turut hadir adalah YBrs. Profesor Madya Dr Badrul Isa, Timbalan Rektor HEP bersama 43 orang jurulatih dan pegawai sukan. Rektor dan seluruh warga mendoakan kejayaan cemerlang kontinjen UCS di KARISMA dan semoga UCS dapat mempertahankan gelaran JUARA!

#UCSCemerlang

Sumber: Unit Komunikasi Korporat

Contact Us

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000