Kunjungan Hormat Persatuan Pesara UiTM (PESUTIMA) ke UiTM Cawangan Selangor

 

8 Februari 2024 – Terima kasih diucapkan kepada Persatuan Pesara UiTM (PESUTIMA) yang telah mengadakan kunjungan ke UiTM Cawangan Selangor. Lawatan dan sesi perkongsian ini merupakan inisiatif Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia (BPSM) UiTM untuk memberi ruang kepada bakal-bakal pesara UiTM Cawangan Selangor mengetahui lebih lanjut mengenai fungsi dan kemudahan yang boleh diperolehi dari PESUTIMA.

Perkongsian dari PESUTIMA telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Haji Thantawi Jauhari Haji Ahmad, Presiden PESUTIMA, yang juga telah disambut mesra oleh YBrs. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UiTM Cawangan Selangor. Seramai 76 orang bakal pesara dan pesara UiTM Cawangan Selangor telah menghadiri sesi perkongsian ini. Diharapkan perkongsian tersebut sedikit sebanyak memberi manfaat kepada bakal-bakal pesara.

#UCSCemerlang

Sumber: Unit Komunikasi Korporat

Contact Us

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000