Bengkel Pemurnian Penulisan Laporan Tahunan UCS 2024

     

     

    08 Januari 2025 - Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia (BPSM), UiTM Cawangan Selangor (UCS) telah berjaya menganjurkan Bengkel Pemurnian Penulisan Laporan Tahunan UCS 2024 yang dihadiri oleh wakil dari setiap pusat tanggungjawab (PTJ) seluruh UCS. Bengkel ini adalah kesinambungan daripada Bengkel Penulisan Laporan Tahunan UCS 2024 yang telah dilaksanakan pada Disember 2024.

    Bengkel yang telah dipimpin oleh YBrs Puan Alfina Bakar,K.M.N CHRM, Ketua Timbalan Pendaftar Kanan, UiTM Cawangan Selangor, yang juga merupakan Ketua Editor bagi penerbitan Buku Laporan Tahunan UCS 2024 bertujuan memastikan format dan tatacara penulisan dipatuhi oleh semua PTJ bagi tujuan keseragaman dan laporan yang diterbitkan berimpak tinggi. Buku Laporan Tahunan UCS 2024 dijangka akan diterbitkan pada Mac 2025 hasil kerjasama dan komitmen semua PTJ.

    #UCSCemerlang

    Sumber: Unit Komunikasi Korporat

    Hubungi Kami

    Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
    Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
    Selangor, Malaysia

    Emel: korporatucs@uitm.edu.my

    Tel: +603-3258 4000