25 Mac 2025 - Majlis Aspresiasi InfostrukturWebinar@UCS 2025 telah berjaya dianjurkan oleh Bahagian Infostruktur, UiTM Cawangan Selangor (UCS). Majlis ini bertujuan menyampaikan penghargaan kepada barisan penceramah jemputan, moderator dan jawatankuasa pelaksana atas sumbangan dan komitmen dalam menjayakan siri webinar sepanjang tahun 2024.
Perasmian majlis dan penyerahan sijil penghargaan telah disempurnakan oleh YBrs. Profesor Ir. Ts. Dr. Juliana Johari, Ketua Pegawai Digital, Jabatan Digital UiTM, yang diiringi oleh YBrs. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UCS. Semoga penganjuran InfostrukturWebinar@UCS dapat diteruskan dan menjadi medium utama penyampaian pelbagai maklumat ICT terkini yang informatif kepada warga UiTM.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat