Lawatan Fizikal dari Jabatan Bendahari UiTM

     

     

    7 April 2025 - Satu sesi pembentangan permohonan pembelian dan ubah suai ruang dan lawatan fizikal dari Jabatan Bendahari UiTM telah diadakan di UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam. Delegasi lawatan diketuai oleh YBrs. Cik Junita Jamaludin, Bendahari UiTM merangkap Pengerusi Mesyuarat Jawatankuasa Bajet Pembangunan dan Naik Taraf Prasarana (JBPNP) bersama wakil Bahagian Belanjawan Universiti dan Bahagian Kewangan Pembangunan Fasiliti.

    Hadir menyantuni delegasi adalah YBrs. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor, bersama Ts. Zainolasri Abdul Sani, Pengarah Pejabat Pengurusan Fasiliti UiTM Cawangan Selangor, Profesor Dato’ Dr Abu Bakar Abdul Majeed, Dekan Fakulti Farmasi, Profesor Madya Dr Shireena Basree Abdul Rahman, Dekan Fakulti Pendidikan, dan Encik Mohd Nazri Mokhtar, Penolong Jurutera Fakulti Pendidikan. Sesi ini diadakan bagi membuka ruang perbincangan yang konstruktif demi memperkasa pembangunan infrastruktur dan kelestarian fasiliti universiti, serta mendapatkan pengesahan keperluan mendesak di PTJ yang perlu disalurkan peruntukan universiti.

    #UCSCemerlang

    Sumber: Unit Komunikasi Korporat

    Hubungi Kami

    Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
    Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
    Selangor, Malaysia

    Emel: korporatucs@uitm.edu.my

    Tel: +603-3258 4000