29 April 2025 - Bahagian iCARE UiTM Cawangan Selangor telah melaksanakan sesi penyerahan surat tawaran ruang niaga kepada para peniaga yang berjaya memperoleh ruang niaga di kampus Puncak Alam dan Puncak Perdana.
Sebanyak 14 buah syarikat telah berjaya ditawarkan premis niaga, hasil daripada proses pemilihan yang telus dan berstruktur bagi memastikan kualiti perkhidmatan perniagaan yang ditawarkan kepada warga kampus.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat