Profile@UCS

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN SELANGOR 

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor ditubuhkan hasil daripada transformasi UiTM yang mewujudkan Model Tadbir Urus 1 UiTM MultiSistem dengan fokus utamanya sebagai universiti berintensifkan Penyelidikan, Inovasi, Pengkomersilan dan Penglibatan Masyarakat. UiTM Cawangan Selangor ditubuhkan secara rasminya pada 1 November 2015 dengan pelantikan Rektor pertama iaitu YBhg. Profesor Dr. Haji Zaini Abdullah.

Terdapat lima buah UiTM Cawangan Selangor iaitu:

  1. UiTM Puncak Alam
  2. UiTM Puncak Perdana
  3. UiTM Dengkil
  4. UiTM Sungai Buloh
  5. UiTM Selayang

Kampus Puncak Alam


Sejarah Penubuhan

Kampus UiTM Puncak Alam ialah salah satu kampus Universiti Teknologi MARA (UiTM) cawangan Selangor. Terletak di Puncak Alam, Kuala Selangor, kampus ini telah siap pada tahun 2009. Memulakan operasinya secara rasmi pada 1 Jun 2009 dengan menempatkan dua buah fakulti dan sebuah pusat akademik iaitu Fakulti Farmasi dan Fakulti Sains Kesihatan serta Pusat Asasi. Direka sebagai 'kampus pintar', kampus ini mempunyai persekitaran moden yang sesuai untuk memupuk aktiviti pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan. Y.A.B. Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia telah menyempurnakan Majlis Perasmian UiTM Kampus Puncak Alam Fasa 1 pada 12 Februari 2010.Sehingga Mei 2010. UiTM Kampus Puncak Alam Zon 1 Fasa 1 telah beroperasi sepenuhnya dari segi infrastruktur dan pengurusan pentadbirannya. Pentadbiran kampus ini diterajui oleh seorang Penolong Naib Canselor (PNC) dan dibantu oleh Timbalan Pengarah Kampus (HEP & Alumni dan Ketua-Ketua Bahagian/Unit), manakala Fakulti-Fakulti pula diterajui oleh Dekan-Dekan Fakulti dibantu oleh Timbalan-Timbalan Dekan, Ketua-Ketua Program dan Pegawai-Pegawai Pentadbiran.

Pengurusan Eksekutif

  • Rektor UiTM Cawangan Selangor
  • Timbalan Rektor (Penyelidikan & Inovasi)
  • Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar)
  • Timbalan Rektor (Bahagian Hubungan Industri, Komuniti, Alumni Dan Keusahawanan (iCARE)

 

Terdapat lapan buah fakulti yang bernaung di bawah kampus baru ini, iaitu:
FAKULTI FARMASI
FAKULTI PENGURUSAN PERNIAGAAN
FAKULTI SAINS KESIHATAN
FAKULTI PENGURUSAN HOTEL DAN PELANCONGAN
FAKULTI PERAKAUNAN
FAKULTI SENI LUKIS & SENI REKA
FAKULTI PENDIDIKAN
FAKULTI SENI BINA, PERANCANGAN DAN UKUR

Jumlah Pelajar: 18,721 (data sehingga 18.08.2020)

Jumlah Staf Akademik & Staf Pentadbiran: 1,467 (data sehingga 30.06.2020)

KEMUDAHAN KOLEJ KEDIAMAN & FASILITI

Kolej Rafflesia dan Angsana merupakan kolej kediaman pertama didirikan bagi penempatan pelajar siswa dan siswi di UiTM Kampus Puncak Alam.


Kolej Rafflesia
Terdiri dari 6 buah Blok Apartment dengan ketinggian 8 dan 10 tingkat serta di kenali sebagai Blok R1, R2, R3, R4, R5 dan R6. Keseluruhannya terdapat 360 buah rumah apartment 4 bilik di Kolej Rafflesia dengan kapasiti penempatan seramai 2874 orang pelajar.
 

Kolej Angsana
Terdiri dari 5 buah Blok Apartment. Dikenali sebagai Blok A1, A2, A3, A4 dan A5. Blok Kolej setinggi 8, 10 dan 5 tingkat ini mempunyai 269 buah rumah apartment 4 bilik dengan kapasiti penempatan seramai 2148 orang pelajar.

Pengurusan Kolej
Kolej Rafflesia dan Kolej Angsana mempunyai staf yang terdiri daripada Pengurus Asrama Kanan, Pengurus Asrama, 1 orang Penolong Pengurus Asrama Kanan, 3 orang Penolong Pengurus Asrama, 1 orang Penyelia Asrama Kanan, 2 orang Penyelia Asrama dan 6 orang Pembantu Am Pejabat (PAP). Unit Pengurusan Kolej terletak di bangunan yang dikenali sebagai Kompleks Kemudahan Pelajar Rafflesia (KKPR).

Perkhidmatan Kemudahan Pelajar Yang Disediakan Di Kolej

  • Pegawai Pembangunan Pelajar
  • Bilik Bacaan
  • Bilik Tv Setiap Blok Dan KKPR Dilengkapi Astro
  • Bilik Komputer
  • Dewan Serbaguna
  • Kafetaria
  • Koperasi
  • Kemudahan Rekreasi & Riadah
  • Wakaf
  • Taman Tasik
  • Dataran Puncak Alam / Padang Kawad
  • Trek Larian
  • Gimnasium “Indoor” Dan “Outdoor
  • Gelanggang Futsal
  • Gelanggang Bola Jaring
  • Ping Pong
  • Padang
  • Basikal
  • Dobi 24 Jam (‘Self – Service’)
  • Atm Bank Islam Dan Cimb
  • “Hot and Cold Water Dispenser”
  • Surau Di Setiap Blok Dan Ruang Solat Utama Di Kolej Angsana
  • Tandas Awam
  • Rumah Tamu
  • Bilik Mesyuarat
  • Bilik Gerakan Jpk/Felo
  • Penempatan Transit Dan Sewaan
  • Ruang Letak Kenderaan
  • Wifi Di Kkpr Dan Kkpa
  • Internet Di Setiap Bilik Pelajar
  • Celcom Automated Prepaid Machine




Kampus UiTM Puncak Perdana

Sejarah Penubuhan

UiTM Kampus Puncak Perdana ditubuhkan pada tahun 2004 sebagai kampus satelit Shah Alam dengan dua buah fakulti yang menawarkan program pengajian akademik iaitu Fakulti Pengurusan Maklumat dan Fakulti Filem, Teater & Animasi. Pada awal tahun 2005, kampus ini telah menerima pelajar-pelajar dari Fakulti Filem, Teater dan Animasi (dahulu dikenali Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik). Walaupun lokasi pembelajaran mereka terletak di Seksyen 13 (Stadium Shah Alam).Fakulti tersebut telahpun berpindah sepenuhnya ke Puncak Perdana sekaligus menjadikan bangunan blok 6 sebagai fakulti rasmi mereka.

Terdapat dua buah fakulti yang bernaung di bawah kampus baru ini, iaitu:

1) Fakulti Pengurusan Maklumat

2) Fakulti Filem, Teater & Animasi

 

Fakulti Pengurusan Maklumat

Pengurusan Tertinggi

  • Dekan
  • Timbalan Dekan, Akademik
  • Timbalan Dekan, Pelajar @ Alumni
  • Timbalan Dekan, Penyelidikan & Jaringan Industri

 

Fakulti Filem, Teater & Animasi

Pengurusan Tertinggi

  • Dekan
  • Timbalan Dekan, Akademik
  • Timbalan Dekan, Hal Ehwal Pelajar
  • Timbalan Dekan, Penyelidikan & Jaringan Industri

 

Jumlah Pelajar: 4,345 (data sehingga 18.08.2020)

Jumlah Staf Akademik & Staf Pentadbiran: 248 (data sehingga 30.06.2020)

 

Kemudahan Kolej Kediaman & Fasiliti

Kolej Kediaman Jasmine Kampus Puncak Perdana dibuka pada 12 April 2004. Ia mempunyai 5 blok kediaman yang terletak di tengah-tengah Kampus Satelit UiTM Puncak Perdana, Seksyen U10, Shah Alam. Kolej ini menyediakan penempatan untuk pelajar-pelajar dari 2 buah fakulti iaitu Fakulti Pengurusan Maklumat & Fakulti Filem,Teater & Animasi. Kolej ini berkapasiti menampung seramai 2870 pelajar iaitu pelajar siswi ditempatkan di blok J2, J3, J4 dan Halaman A, B, C blok J5 manakala pelajar siswa ditempatkan di blok J1 dan halaman D Blok J5. Kolej Kediaman Jasmine UiTM Puncak Perdana terletak di tepi jalan antara Bukit Jelutong dan Bandar Baru Puncak Alam.

 

Pengurusan Kolej

Pengurusan Kolej Jasmine mempunyai 3 sub-unit dengan kekuatan 36 anggota yang terdiri dari kalangan staf dan juga pelajar. Sub-unit ini bertindak bagi melancarkan proses dan aktiviti-aktiviti di kawasan kolej. Staf Residen Kolej (SRK) adalah staf yang dilantik untuk menjalankan tanggungjawab kolej diluar tugas hakiki mereka. SRK bertindak sebagai pegawai HEP untuk menjaga sahsiah rupa diri, pembangunan pelajar dan kebajikan pelajar yang menghuni kolej kediaman manakala Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Kolej (JPK) ialah pelajar-pelajar yang telah dilantik oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar untuk menjadi wakil perhubungan di antara pengurusan kolej dan pelajar. JPK juga bertanggungjawab merancang aktivit-aktiviti untuk mengimarahkan kawasan kolej.

 

Perkhidmatan Kemudahan Pelajar Yang Disediakan Di Kolej

  • Kemudahan Peralatan Sukan
  • Kemudahan Peralatan Kebudayaan
  • Bilik Bacaan 
  • Bilik Komputer
  • Bilik Mesyuarat
  • Bilik Karaoke
  • Dewan Seminar
  • Bilik Mini Gimnasium
  • Dewan Serbaguna
  • Kafetaria
  • Bilik Rekreasi
  • Mesin Dobi Berbayar
  • Bilik Tv
  • Kedai Fotostat
  • Mini Market
  • Surau
  • Wakaf
  • Tandas Awam
  • Gelanggang Sukan
  • Mesin Vending
  • Mesin Penapis Air Coway ( Sejuk & Panas )
  • Telefon Awam

 


Kampus UiTM Dengkil

Sejarah Penubuhan

Ditubuhkan pada tahun 2015, UiTM Kampus Dengkil terletak dalam daerah Sepang dan mempunyai lokasi yang amat strategik kerana berhampiran dengan Pusat Pentadbiran Kerajaan Malaysia di Putrajaya dan Multimedia Super Corridor (MSC) di Cyberjaya. Lokasi kampus ini juga amat berdekatan dengan Kementerian Pengajian Tinggi dan dikelilingi oleh pusat-pusat pengajian tinggi awam dan swasta seperti Heriot-Watt University, MMU, Xiamen University, USIM, UKM, UNITEN, UPM dan lain-lain.

 

Terdapat empat program asasi yang ditawarkan di bawah kampus baru ini, iaitu:
1) Asasi Sains
2) Asasi Kejuruteraan
3) Asasi TESL
4) Asasi Undang-undang

 

Pengurusan Tertinggi

  • Pengarah
  • Timbalan Pengarah Akademik, Penyelidikan dan Inovasi
  • Timbalan Pengarah HEP & ICAN
  • Penolong Pendaftar Kanan
  • Penolong Bendahari Kanan
  • Pustakawan
  • Jurutera Kanan

 

Jumlah Pelajar: 4,196 (data sehingga 18.08.2020)

Jumlah Staf Akademik & Staf Pentadbiran: 273 (data sehingga 30.06.2020)

 

Kemudahan Kolej Kediaman & Fasiliti

Unit Pengurusan Kolej di UiTM Cawangan Selangor Kampus Dengkil diketuai oleh Pengetua Kolej terbahagi kepada 2 pengurusan iaitu Kolej Dahlia (Siswi) dan Kolej Tualang (Siswa).

 

Kolej Dahlia

Siap dibina pada akhir tahun 2015, ianya mempunyai 3 blok 8 aras dan 8 buah rumah Staf Residen Kolej, 2 buah rumah Pegawai Jawatan Penting dan 2 buah Rumah Tamu.

Kesemua blok mempunyai 501 buah rumah, terdapat 3 bilik di dalamnya yang berkapasiti

2 orang sebilik. Kolej ini boleh menempatkan seramai 3,003 orang pelajar termasuk sebuah

bilik OKU yang berkapasiti 3 orang serumah. Pelbagai kemudahan disediakan termasuklah

bilik bacaan, bilik TV, ruang dobi, surau, wakaf dan juga gelanggang sukan.

 

 

 

Kolej Tualang

Siap dibina pada akhir tahun 2015, ianya mempunyai 3 blok 7 aras dan 8 buah rumah Staf Residen Kolej. Kesemua blok mempunyai 335 buah rumah, terdapat 3 bilik di dalamnya yang berkapasiti 2 orang sebilik. Kolej ini boleh menempatkan seramai 2,007 orang pelajar termasuk sebuah bilik OKU yang berkapasiti 3 orang serumah. Pelbagai kemudahan disediakan termasuklah bilik bacaan, bilik TV, ruang dobi, surau, wakaf dan juga gelanggang sukan.

 

Pengurusan Kolej

Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) merupakan sebuah badan perwakilan pelajar yang dipilih di kalangan penghuni kolej. Pelantikan JPK dibuat oleh Pengetua Kolej setelah mengambil kira ulasan dan cadangan Staf Residen Kolej (SRK). JPK memainkan peranan yang penting dalam perhubungan di antara penghuni kolej, Pengurusan Kolej dan masyarakat kampus JPK juga bertanggungjawab untuk merangka dan melaksanakan aktiviti kolej dengan kerjasama warga kolej dan pihak-pihak yang berkaitan. Empat skop aktiviti utama yang dilaksanakan merangkumi aktiviti akademik, kerohanian, pembangunan diri & kecergasan/ kesukanan seperti forum, ceramah, kursus, aktiviti sukan & rekreasi, khidmat masyarakat, keagamaan dan kebudayaan.

Setiap kolej terdapat Staf Residen Kolej yang dilantik oleh Rektor. Semua program/aktiviti yang dirancangkan diperingkat kolej adalah di bawah kelolaan dan pengawasan Pengetua Kolej dan SRK kolej terbabit. Disamping berperanan sebagai Penasihat Program anjuran kolej, pegawai ini juga bertanggungjawab untuk membantu melaporkan kes pelajar sakit di kolej untuk bantuan seterusnya.

Perkhidmatan Kemudahan Pelajar Yang Disediakan Di Kolej

  • Bilik Mesyuarat
  • Bilik Bacaan
  • Bilik TV
  • Bilik Sakit (Sick Bay)
  • Rumah Tamu
  • Perkhidmatan ’Wi-Fi’
  • Surau
  • Wakaf/ Gazebo
  • Gelanggang Sukan
  • Perkhidmatan Siaraya (Dalaman)
  • Bilik OKU
  • Perkhidmatan Staf Residen Kolej (SRK)
  • Mesin Penapis Air (RO Water)
  • Mesin Basuh dan Mesin Pengering
  • Mesin Layan Diri (Minuman)
  • BBQ Grill


 

Kampus UiTM Sungai Buloh

Sejarah Penubuhan

Ditubuhkan pada tahun 2012, Fakulti Perubatan disini terdiri daripada bangunan Pusat Latihan Klinikal dan bangunan akademik. Bangunan akademik di Kampus UiTM Sungai Buloh adalah mercu tanda utama kampus ini dengan seni bina yang diilhamkan dari bentuk mitokondria. Bangunan ini menempatkan pejabat dekaneri dan juga pejabat pentadbiran utama di Tingkat 9. Kemudahan pengajaran dan pembelajaran di kampus ini dilengkapi dengan baik meliputi ruang auditorium dan seminar, bilik sesi perbincangan kumpulan kecil, perpustakaan, muzium, makmal kemahiran klinikal, makmal multidisiplin serta dewan pembedahan anatomi. Di sebelah bangunan akademik terdapat pusat perubatan yang terdiri daripada Pusat Pakar Perubatan UiTM (PPUiTM) dan Pusat Pakar Swasta UiTM (UPSC).

Pengurusan Tertinggi Kampus UiTM Sungai Buloh & Kampus UiTM Selayang

  • Dekan
  • Timbalan Dekan, Pelajar & Akademik
  • Timbalan Dekan, Penyelidikan & Inovasi
  • Timbalan Dekan, Postgraduate & Professional Training
  • Timbalan Dekan, Development & Human Resource, Linkages & Alumni

 

Pusat Pakar Perubatan UiTM (PPUiTM) dan Pusat Pakar Swasta UiTM (UPSC) ini dilengkapi dengan perkhidmatan perubatan iaitu:

  • 88 wad tempat tidur
  • 3 kompleks klinik
  • 4 teater Operasi
  • sebuah unit pencitraan (dengan 128 ‘CT scan’ dan 1.5 tesla MRI)
  • makmal diagnostik klinikal serta perkhidmatan sokongan klinikal lengkap seperti perkhidmatan kejururawatan, dietetik, fisioterapi dan ‘billing services’
  • Aktiviti penyelidikan fakulti ini tertumpu di salah satu institut penyelidikan utama, IMMB (Institut Bioteknologi Molekul Perubatan). Ia juga menempatkan Unit Penjagaan Haiwan Makmal (LACU), tempat penternakan utama untuk semua penyelidikan haiwan.

 

Terdapat dua buah fakulti yang bernaung di bawah kampus ini, iaitu:

1) Fakulti Perubatan

2) Fakulti Pergigian.

 

Jumlah Staf Akademik & Staf Pentadbiran: 1296 (data sehingga 30.06.2020)

 

Kemudahan Kolej Kediaman & Fasiliti
Unit Pengurusan Kolej (FIU) telah beroperasi di kampus UiTM Sungai Buloh pada bulan Julai 2010. Pada masa itu hanya terdapat satu kolej kediaman sahaja. Kolej Kediaman 1 (RC1). RC1 mempunyai 9 tingkat dan boleh memuatkan sehingga 576 pelajar. Pada bulan September 2012, Residential College 2 (RC2) telah siap dibina dan mampu menempatkan sehingga 584 pelajar di bangunan setinggi 12 tingkat. Unit Pengurusan Kolej kini akan menerima kolej kediaman baru iaitu Kolej Kediaman Kediaman Kediaman 3 (RC3) yang berupaya menyediakan kemudahan penempatan untuk 600 pelajar.

 

Pengurusan Kolej

Unit Pengurusan Kolej di Kampus UiTM Sungai Buloh diketuai oleh seorang Pengetua Kolej, seorang Pengurus Asrama dan dibantu oleh dua orang Penolong Pengurus Asrama dan seorang Penolong Penyelia Operasi. Pengurus asrama bertanggungjawab melaporkan kepada Penolong Naib Canselor Kampus Perubatan & Pergigian (Sungai Buloh, Selayang & Teluk Intan).

 

Perkhidmatan Kemudahan Pelajar Yang Disediakan Di Kolej

  • Bilik Pelajar
  • Tandas & Bilik Mandi
  • Rak Pakaian
  • Bilik Bacaan
  • Bilik Seminar
  • Bilik Mesyuarat
  • Surau
  • Kemudahan Sukan
  • Mini Gimnasium
  • Rumah Tamu dan Bilik Sewa
  • Tempat Berehat / Berehat (Gazebo)
  • Perkhidmatan Keselamatan (Polis Bantuan)
  • Mesin Basuh / Pengering
  • KOOP Minimart
  • Kafetaria
  • Tempat Letak Kenderaan (Kereta Dan Motosikal)


Kampus UiTM Selayang

SejarahPenubuhan

Pada tahun 2003, Fakulti Perubatan UiTM bermula dengan pengambilan pelajar seramai 20 orang. Sehingga hari ini, Fakulti Perubatan telah berkembang pesat menampung pengambilan lebih dari 200 pelajar setiap tahun. Kampus Perubatan UiTM terletak di Sungai Buloh dan Selayang. Pada tiga tahun pertama, pelajar klinikal tahun 3 ditempatkan di Kampus Sungai Buloh untuk menjalani undergraduate teaching akan ditugaskan di Hospital Sungai Buloh manakala pelajar sarjana klinikal tahun 4 dan 5 yang berpusat di Kampus Selayang ditugaskan di Hospital Selayang.UiTM juga menyediakan perkhidmatan klinik pakar yang dikenali sebagai UiTM Specialist Clinic beroperasi di Kampus Selayang manakala perkhidmatan pesakit luar beroperasi di Pusat Latihan Klinikal (CTC) beroperasi di Kampus Sungai Buloh.

 

Kemudahan Kolej Kediaman & Fasiliti

Kolej Kediaman Perubatan terbahagi kepada 2 blok iaitu Selayang A dan Selayang B. Kedua-dua blok ini mempunyai ketinggian setinggi 12 tingkat yang boleh menempatkan seramai 444 penghuni. Kemudahan perabot asas dan lif juga disediakan.

Pengurusan Kolej

Unit Pengurusan Kolej Kediaman diterajui oleh Pengetua, Pengurus Kolej, Penolong Pengurus Kolej dan Pembantu Am Pejabat serta dibantu oleh Pegawai Pembangunan Pelajar/Fellow, Pegawai Penting, Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) dan MESTA (Medical Student Association).

Perkhidmatan Kemudahan Pelajar Yang Disediakan Di Kolej

  • Kemudahan Dobi
  • Restoran dan Pasar Mini
  • Ruang Solat dan Kafe
  • Gelanggang Bola Keranjang
  • Trek Joging dan Kemudahan Gim.

 

Jumlah Staf Akademik & Staf Pentadbiran: 83 (data sehingga 30.06.2020)

Jumlah Pelajar UiTM Sungai Buloh & Kampus UiTM Selayang: 1603 (data sehingga 18.08.2020)

Contact Us

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000