Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor ditubuhkan hasil daripada transformasi UiTM yang mewujudkan Model Tadbir Urus 1 UiTM MultiSistem dengan fokus utamanya sebagai universiti berintensifkan Penyelidikan, Inovasi, Pengkomersilan dan Penglibatan Masyarakat. UiTM Cawangan Selangor ditubuhkan secara rasminya pada 1 November 2015 dengan pelantikan Rektor pertama iaitu YBhg. Profesor Dr. Haji Zaini Abdullah.
Terdapat lima buah UiTM Cawangan Selangor iaitu:
  1. UiTM Puncak Alam
  2. UiTM Puncak Perdana
  3. UiTM Dengkil
  4. UiTM Sungai Buloh
  5. UiTM Selayang
Sejarah Penubuhan
Kampus UiTM Puncak Alam ialah salah satu kampus Universiti Teknologi MARA (UiTM) cawangan Selangor. Terletak di Puncak Alam, Kuala Selangor, kampus ini telah siap pada tahun 2009. Memulakan operasinya secara rasmi pada 1 Jun 2009 dengan menempatkan dua buah fakulti dan sebuah pusat akademik iaitu Fakulti Farmasi dan Fakulti Sains Kesihatan serta Pusat Asasi. Direka sebagai 'kampus pintar', kampus ini mempunyai persekitaran moden yang sesuai untuk memupuk aktiviti pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan. Y.A.B. Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia telah menyempurnakan Majlis Perasmian UiTM Kampus Puncak Alam Fasa 1 pada 12 Februari 2010.Sehingga Mei 2010. UiTM Kampus Puncak Alam Zon 1 Fasa 1 telah beroperasi sepenuhnya dari segi infrastruktur dan pengurusan pentadbirannya. Pentadbiran kampus ini diterajui oleh seorang Penolong Naib Canselor (PNC) dan dibantu oleh Timbalan Pengarah Kampus (HEP & Alumni dan Ketua-Ketua Bahagian/Unit), manakala Fakulti-Fakulti pula diterajui oleh Dekan-Dekan Fakulti dibantu oleh Timbalan-Timbalan Dekan, Ketua-Ketua Program dan Pegawai-Pegawai Pentadbiran.

Pengurusan Eksekutif
  • Rektor UiTM Cawangan Selangor
  • Timbalan Rektor (Penyelidikan & Inovasi)
  • Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar)
  • Timbalan Rektor (Bahagian Hubungan Industri, Komuniti, Alumni Dan Keusahawanan (iCARE)

Contact Us

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000