Pilih bahasa anda

sgbcampus.png

Kampus Sungai Buloh merupakan kampus utama bagi Fakulti Perubatan dan Fakulti Pergigian. Bangunan akademik utama menjadi mercu tanda kampus dengan seni bina yang diinspirasikan daripada bentuk mitokondria. Bangunan ini menempatkan pejabat Dekan serta pentadbiran kampus yang diterajui oleh Penolong Rektor. Kemudahan pengajaran dan pembelajaran disediakan secara komprehensif merangkumi auditorium dan bilik seminar, bilik sesi kumpulan kecil, perpustakaan, muzium, makmal kemahiran klinikal, makmal multidisiplin serta dewan diseksi anatomi.

Bersebelahan bangunan akademik terletaknya pusat perubatan yang menempatkan Pusat Pakar Perubatan UiTM (PPUiTM) dan UiTM Private Specialist Centre (UPSC). Bangunan ini dilengkapi bagi menyokong perkhidmatan perubatan dengan kapasiti 88 katil wad, tiga kompleks klinik, empat dewan bedah, unit pengimejan yang merangkumi CT-scan sumber dwi 128 hirisan serta MRI 1.5 tesla, makmal diagnostik klinikal serta perkhidmatan sokongan klinikal yang lengkap seperti kejururawatan, dietetik, fisioterapi dan perkhidmatan pengebilan.

Aktiviti penyelidikan fakulti ini tertumpu di salah satu institut penyelidikan utama iaitu Institute of Medical Molecular Biotechnology (IMMB). Institut ini turut menempatkan Unit Penjagaan Haiwan Makmal (LACU) sebagai pusat utama pengurusan haiwan bagi tujuan penyelidikan. Selain itu, aktiviti penyelidikan turut dijalankan di bangunan akademik melalui CenTre. Tiga kolej kediaman disediakan untuk pelajar perubatan dan dilengkapi dengan kemudahan yang menyokong pembangunan serta kesejahteraan pelajar.

Pusat Kecemerlangan Tinggi

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000