PENGENALAN

Pejabat Penyelidikan & Inovasi (P&I) telah diiktiraf sebagai kampus cawangan berintensifkan penyelidikan sepertimana yang diputuskan di dalam Mesyuarat Eksekutif Negeri Bil 14/2017 yang bertarikh pada 14 Jun 2017. Penubuhan P&I ini demi untuk memperkasa penyelidikan dan memastikan urusan aktiviti penyelidikan dapat dilaksanakan dan berjalan lancar. Terdapat sepuluh (10) fakulti, tiga (3) pusat kecemerlangan dan lima (5) kampus di bawah UiTM Cawangan Selangor.


OBJEKTIF BAHAGIAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI

Untuk mengurus, menyelaras dan menyediakan perkhidmatan yang diperlukan bagi memastikan kejayaan projek penyelidikan, perundingan dan pengkomersialan.
Untuk menyebarkan maklumat dan menyediakan latihan untuk penyelidikan, perundingan, harta intelek dan pengkomersialan.
Untuk memastikan inovasi yang berterusan dalam menghasilkan penyelidikan berkualiti, perundingan dan penerbitan.
Menyeragamkan satu imej korporat yang menampilkan identiti universiti berintensifkan penyelidikan.
Untuk memudahkan penerbitan hasil penyelidikan dalam jurnal berimpak tinggi.

Contact Us

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000