JAWATANKUASA PENILAIAN PROJEK DAN TEKNIKAL ICT & ELEKTRONIK NEGERI (JITEN)
Punca Kuasa
Mesyuarat Majlis Eksekutif Universiti (MEU) Bil. 03/2021 pada 20 Januari 2021.Mesyuarat Majlis Eksekutif Universiti (MEU) Bil.17/2021 pada 2 Jun 2021.
Penubuhan Jawatankuasa
Tahun 2021
Keanggotaan
Pengerusi : Timbalan Rektor (yang tidak dilantik sebagai ahli Jawatankuasa Sebut Harga UiTM Negeri / Kampus)
Pengerusi Ganti : Pelantikan ahli dalam kalangan pegawai yang paling kanan dari segi gred.
- Ketua Pengurusan ICT
- Dua (2) orang wakil daripada mana-mana bahagian dan sekurang-kurangnya Gred 41 ke atas
- 6 orang pegawai di kalangan staf akademik/pentadbiran yang mempunyai kepakaran/ pengalaman dan sekurang-kurangnya Gred 29 ke atas mengikut skop bidang seperti berikut:
- ICT
- Alat Pandang Dengar
- Peralatan Elektronik Pejabat
- Peralatan Telekomunikasi
- Turut Hadir : Jemputan staf / pihak luar yang mempunyai kepakaran / pengalaman berdasarkan keperluan (jika perlu)
- Setiausaha : Pegawai Gred 29 ke atas
- Urusetia : Bahagian Infostruktur, UiTM Cawangan
*Ahli Jawatankuasa Sebut Harga UiTM Negeri / Kampus tidak boleh mengganggotai JITEN
Kuasa melantik
- Pengerusi : Dilantik oleh Rektor
- Ahli : Dilantik oleh Pengerusi
- Setiausaha : Dilantik oleh Pengerusi
Tempoh Lantikan
Dua (2) tahun/Sepanjang memegang jawatan.
Kekerapan Mesyuarat
12 kali setahun.
Kehadiran Minimum Mesyuarat
Kehadiran sekurang-kurangnya 2/3 termasuk Pengerusi.
Fungsi dan Bidang Kuasa
- Meluluskan permohonan perolehan UiTM Cawangan / Kampus Negeri mengikut had nilai kelulusan di bawah skop bidang seperti berikut:
- ICT
- Alat Pandang Dengar
- Peralatan Elektornik Pejabat
- Peralatan Telekomunikasi
- Meluluskan permohonan perolehan UiTM Cawangan berdasarkan skop bidang mengikut had nilai perolehan iaitu sehingga RM500,000.
- Mencadangkan arah tuju dan strategik untuk perlaksanaan ICT dan elektronik UiTM Cawangan.
- Mengenalpasti dan mencadangkan sumber seperti kepakaran dan tenaga kerja yang diperlukan untuk melaksanakan arah tuju serta strategi ICT dan elektronik UiTM Cawangan.
- Menyelaras pelaksanaan program ICT dan elektronik UiTM Cawangan.
- Mengetuai dan memantau perkembangan program ICT dan elektronik UiTM Cawangan serta memahami keperluan, masalah dan isu-isu yang dihadapi dalam pelaksanaan.
- Membuat penilaian teknikal permohonan mengikut had nilai kelulusan di bawah skop bidang seperti dinyatakan pada 8.1.
- Membuat penilaian teknikal permohonan mengikut skop bidang untuk had nilai kelulusan sehingga RM500,000 seperti berikut:
- Meluluskan spesifikasi
- Mengesyorkan analisa teknikal
- Mengesahkan ujilari
- Mengesyorkan pertukaran model
- Mengesyorkan penggantian peralatan yang hilang
- Menyediakan laporan kepada JPPIT mengikut keperluan.
Agenda Mesyuarat
Pendahuluan : Pengisytiharan Kepentingan
: Aluan Pengerusi
Bahagian A : Mengesahkan Minit Mesyuarat Yang Lalu
: Perkara Berbangkit
Bahagian B : Permohonan Kelulusan Perolehan
Bahagian C : Permohonan Penilaian Teknikal
- Kelulusan Spesifikasi
- Analisa Teknikal
- Pengesahan Ujilari
- Pertukaran Model
- Penggantian Peralatan Yang Hilang
Bahagian D : Hal-hal Lain