Senarai Peralatan ICT

    JENIS PERALATAN SKOP PERALATAN/ PERKHIDMATAN PENGECUALIAN PERALATAN/ PERKHIDMATAN

    KOMPUTER

    1. Komputer Peribadi (PC) seperti desktop, workstation, laptop, notebook, netbook, dan tablet PC.
    2. Pelayan (Server) yang boleh berfungsi dan berkomunikasi dengan pelanggan (client).

    1. Mini komputer seperti Raspberry Pi dan Microcontroller board seperti Arduino.
    2. Tablet yang tidak berfungsi sepenuhnya sebagai set komputer seperti drawing tablet dan game tablet.

    PERALATAN SOKONGAN KOMPUTER

    1. Pencetak dokumen (kertas sahaja) bersaiz A4 dan A3 sama ada hitam-putih atau berwarna.
    2. Pengimbas dokumen (kertas sahaja) bersaiz A4.
    3. Perkakasan rangkaian komputer termasuk perkakasan pusat data/ bilik server seperti switch, controller, rack, storage dan enclosure.

    1. Pencetak yang mempunyai kegunaan spesifik seperti pencetak resit, pencetak 3D, pencetak plotter (Wide format printing), pencetak thermal (post printer), pencetak DTG (Direct to Garment) dan pencetak label.
    2. Pengimbas yang mempunyai kegunaan spesifik seperti pengimbas foto, pengimbas handheld, pengimbas mudah-alih, pengimbas drum, pengimbas filem dan slaid serta pengimbas produksi.
    3. Aksesori ICT untuk kegunaan storan seperti pen drive, flash drive, thumb drive, CD, DVD dan cakera keras tambahan (external hard disk).
    4. Aksesori ICT untuk kegunaan rangkaian seperti hub switch (kurang dari 4 port), wifi dongle, LAN to usb ethernet adapter, UTP patch cord (kurang dari 3 meter), bluetooth dongle, console cable, UTP cable, cable striper, cable cutter, RJ45 network splitter, network card wifi adapter, faceplate, modular plug, modular plug boot cap dan RJ45 female to female adapter.
    5. Perkakasan alat ganti spesifik kepada keperluan perkakasan utama yang asal seperti papan induk, cakera keras, kad grafik, pemprosesan (CPU), memori (RAM), papan kekunci, tetikus dan kad antaramuka rangkaian (NIC).
    6. Aksesori komputer yang dibeli berasingan dengan komputer seperti mouse, keyboard, speaker, webcam, adapter dan kabel.
    7. Toner pencetak yang dibeli secara berasingan.
    8. Perkakasan sokongan elektrik/ elektronik untuk komputer seperti AVR, UPS dan Isolation Transformer.

    PERISIAN SISTEM

    1. Sistem kawalan (System control program) seperti sistem pengoperasian (OS), hypervisor dan drivers.
    2. Sistem sokongan (System support program) seperti antivirus, firewall dan remote access.
    3. Pembangunan sistem (System development program) iaitu perisian yang dibangunkan berdasarkan keperluan pengguna (Custom software) sama ada pembangunan sistem berdasarkan perisian sumber terbuka (Open Source Software) atau perisian hakmilik (proprietary software). Pembangunan sistem ini termasuk:
      1. Sistem stand-alone (Stand-alone system)
      2. Sistem client-server (Client-server system
      3. Sistem web-based (Web-based system)
      4. Sistem mudah alih (Mobile Apps)
      5. Sistem progressive web apps (Progressive web apps)
     

    PERISIAN APLIKASI 

     

    1. Perisian Umum (General purpose application software) seperti MSWord, MS-Excel, MSPowerpoint, MS-Access dan lain-lain.
    2. Perisian Spesifik (Special purpose application software) seperti AutoCAD, MATLAB, SPSS dan lain-lain.
     

    APLIKASI PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN

    Aplikasi yang disediakan dalam bentuk penyampaian perkhidmatan melalui platform internet yang mempunyai spesifikasi teknikal dan membabitkan mana-mana satu atau gabungan mana-mana perkhidmatan berikut:

    1. Perkhidmatan aplikasi
    2. Perkhidmatan data
    3. Perkhidmatan runtime
    4. Perkhidmatan middleware
    5. Perkhidmatan sistem pengoperasian (OS)
    6. Perkhidmatan virtualization
    7. Perkhidmatan pelayan
    8. Perkhidmatan storan (storage)
    9. Perkhidmatan rangkaian

    1. Perkhidmatan penyampaian infrastruktur (Infrastructure as a service - IaaS) yang mempunyai spesifikasi teknikal bagi mana-mana satu atau gabungan penyampaian perkhidmatan berikut:
      1. Virtualization
      2. Pelayan
      3. Storan
      4. Rangkaian
          1. Perkhidmatan penyampaian platform (Platform as a service - PaaS) yang mempunyai spesifikasi teknikal bagi mana-mana satu atau gabungan penyampaian perkhidmatan berserta spesifikasi berikut:
            1. Runtime
            2. Middleware
            3. Sistem pengoperasian
            4. Virtualization
            5. Pelayan
            6. Pelayan
            7. Rangkaian

      1. Perkhidmatan penyampaian perisian (Software as a service - SaaS) yang bersifat langganan (Subscription-ware) atau sewaan (Rent-ware) perisian yang berlesen yang diakses dari sesuatu host (Internet) atau melalui perkhidmatan di awan (cloud services) seperti pangkalan data atas talian, eContent, eBook, eReport dan eJournal. Ini termasuk juga aplikasi seperti Streamyard, Google Meet, Zoom dan Microsoft Teams.
      2. Mana-mana aplikasi perkhidmatan yang tidak mempunyai spesifikasi teknikal mana-mana satu atau gabungan dari mana-mana sembilan (9) penyampaian perkhidmatan (Application as a Service) seperti yang dinyatakan.
      3. Langganan pelan data.

      PENYELENGGARAAN

      Penyelenggaraan sistem (System maintenance) - Terhad kepada penyelenggaraan pencegahan (Preventive maintenance) iaitu penyelenggaraan berjadual untuk memeriksa sistem ICT berkaitan supaya berfungsi dengan lancar dan optimum.

      • Aktiviti -aktiviti yang termasuk dalam penyelenggaraan sistem adalah pengukuran tahap prestasi dan penalaan sistem (Measurement of system’s performance and tuning), pemeriksaan virus (Scanning virus and active directory), pengawalan dan pemampatan kapasiti data (Data volume control and compression), pengarkiban data (Data archiving), pengesanan kerosakan hard disk, penggantian bateri (UPS) dan pencegahan sistem keselamatan.

      Peningkatan sistem (System upgrading) - Penambahbaikan ciri dan fungsi baru kepada sistem ICT sedia ada supaya lebih baik.

      • Melibatkan peningkatan kapasiti perkakasan dengan perubahan teknologi terkini, pertukaran versi perisian terkini dan pembaharuan lesen.
       

      Today Statistic


      *Data source: Google Analytics

      Sekretariat
      Jawatankuasa Penilaian Projek dan Teknikal ICT & Elektronik Negeri (JITEN)
      Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
      Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
      Selangor, Malaysia.

      Tel: +603-3258 7878
      Fax: +603-3258 7878 

      Email:  info.ucs@uitm.edu.my