SEJARAH PENUBUHAN

    Sejarah Pejabat Pembangunan Universiti Teknologi MARA (UiTM) bermula dengan penubuhan dua bahagian iaitu Bahagian Bangunan & Kawasan dan Unit Projek & Pembangunan pada tahun 1972. Pada tahun 1982, kedua-dua bahagian ini telah bergabung menjadi Bahagian Pembangunan dan Penyelenggaraan.

    Pada tahun 1995 Bahagian Pembangunan beroperasi secara berasingan dengan Pejabat Penyelenggaraan. Pada tahun 1996, Unit Kontrak dan Ukur Bahan telah ditubuhkan secara rasminya beroperasi pada tahun 1998. Pada tahun 2000, Unit Pengurusan Harta pula ditubuhkan.

    Bagi memantapkan lagi Bahagian Pembangunan dalam menangani isu-isu perancangan pembangunan dan pelaksanaan dan pemantauan projek pembangunan, Jawatankuasa Eksekutif (JKE) UiTM dalam mesyuaratnya yang ke empat telah bersetuju supaya nama Bahagian Pembangunan ditukarkan ke Pejabat Pembangunan. Pejabat Pembangunan kini terdiri daripada enam (6) bahagian iaitu:-

    • Bahagian Pengurusan Projek (BPP)
    • Bahagian Pengurusan Kontrak dan Kawalan Kos (BPKKK)
    • Bahagian Perancangan Hartanah (BPH)
    • Bahagian Projek PFI (BPPFI)
    • Bahagian Pengurusan Kualiti & Sumber Maklumat (BPKSM)
    • Bahagian Pentadbiran (BPTA)

     

    Today Statistic


    *Data source: Google Analytics

    Sekretariat
    Jawatankuasa Penilaian Projek dan Teknikal ICT & Elektronik Negeri (JITEN)
    Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
    Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
    Selangor, Malaysia.

    Tel: +603-3258 7878
    Fax: +603-3258 7878 

    Email:  info.ucs@uitm.edu.my