10 Mac 2024 - Terima kasih diucapkan kepada Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd. atas jemputan khas Majlis Cerapan Rasmi Hilal Ramadan 1445H anjuran Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP), kepada UiTM Cawangan Selangor (UCS). Menara Kuala Lumpur merupakan salah satu diantara 29 lokasi mencerap anak bulan bagi menentukan tarikh permulaan bulan Ramadan pada tahun ini.
Delegasi UCS telah diketuai oleh YBhg. Profesor Dr Hj Mohd Sazili Shahibi, Timbalan Naib Canselor HEP UiTM, bersama YBrs. Prof Madya Dr Badrul Isa, Timbalan Rektor HEP, YBrs. Sr. Dr Rosmadi Ghazali, Timbalan Rektor iCARE dan Al-Fadhil Ustaz Lufti Fauzi Haji Sabari, Ketua Unit Hal Ehwal Islam UCS yang hadir mewakili Rektor. UCS amat berbesar hati menerima jemputan ini sekaligus menyaksikan proses penting dan bermakna tersebut.
Sumber: Unit Komunikasi Korporat