Sesi JomSihat@UCS Siri 2 Tahun 2024

 

 

21 Jun 2024 - Pejabat Bendahari dengan kerjasama Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia UiTM Cawangan Selangor (UCS) telah menganjurkan Sesi JomSihat@UCS Siri 2 bagi tahun 2024 dengan tema Fun Walk. Program ini dihadiri seramai 100 orang staf UCS.

Aktiviti Fun Walk dimulakan dengan sesi regangan badan dan seterusnya aktiviti berjalan sejauh 3km dengan anggaran 4,000 langkah yang bermula dari Dewan Serbaguna Kampus Puncak Alam dan melalui kawasan di sekitar bangunan Fakulti. Program juga dimeriahkan dengan pemberian hadiah kepada 40 peserta yang terawal dapat menghabiskan aktiviti Fun Walk ini.

#UCSCemerlang

Sumber: Unit Komunikasi Korporat

Contact Us

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000