Penilaian Pembentangan Akhir Finalis Kecemerlangan Operasi 2023 UiTM

 

6 Julai 2024 – Satu sesi Penilaian Pembentangan Akhir Finalis Kecemerlangan Operasi 2023 UiTM secara atas talian oleh dua (2) buah kumpulan projek kecemerlangan operasi yang telah berjaya menjadi finalis mewakli UiTM Cawangan Selangor (UCS) iaitu Pasukan Projek TIG@UCS (Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia) dan Pasukan Projek DFORM (Pejabat Polis Bantuan UiTM Kampus Puncak Perdana) telah dijalankan di Bilik Mesyuarat Utama UCS.

Sesi Penilaian Pembentangan Akhir Finalis Kecemerlangan Operasi 2023 Universiti Teknologi MARA (UiTM) adalah bertujuan untuk memantapkan pelaksanaan penambahbaikan proses kerja serta memperkukuhkan amalan Kecemerlangan Operasi di seluruh UiTM. Hadir memberi sokongan adalah YBrs. Profesor Dr Ahmad Taufek Abdul Rahman, Rektor UCS dan Puan Alfina Bakar,K.M,N, CHRM, Ketua Timbalan Pendaftar Kanan. Didoakan semoga pasukan UCS meraih kemenangan.

#UCSCemerlang

Sumber: Unit Komunikasi Korporat

Contact Us

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000