UNIT KEBUDAYAAN
- PENGENALAN
- PIAGAM PELANGGAN
- KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN
- KOKURIKULUM TERAS KEBUDAYAAN
- CARTA ORGANISASI
- CARTA FUNGSI
- DIREKTORI STAF
- MEDIA SOSIAL
- ALAMAT
- MUAT TURUN
PENGENALAN
Unit Kebudayaan telah beroperasi pada bulan Jun 2009 di bawah seliaan Bahagian Hal Ehwal Pelajar seiring dengan penubuhan UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam. Unit Kebudayaan merupakan sebuah entiti yang bertanggungjawab dalam merancang dan melaksanakan segala aktiviti kesenian dan kebudayaan dan juga merupakan wadah untuk kelestarian seni budaya, mengangkat dan membangun potensi-potensi bakat dikalangan para pelajar dan staf UiTM. Aktiviti kesenian dan kebudayaan memainkan peranan penting di dalam membentuk sahsiah dan jatidiri melalui kepelbagaian budaya bagi memupuk sikap dan toleransi yang tinggi kepada para pelajar. Staf Unit Kebudayaan terdiri daripada 2 orang iaitu Penolong Pegawai Kebudayaan dan Artis Budaya sekaligus menyelaras semua tugas-tugas di bawah operasi Unit Kebudayaan.
VISI
Mempertingkatkan kecemerlangan dalam pencapaian sebuah organisasi yang berdaya saing ke arah pembangunan dan pengembangan seni dan budaya.
MISI
- Memelihara dan mengekalkan warisan negara melalui aktiviti kebudayaan dan kesenian kampus
- Membangunkan sahsiah dan jatidiri pelajar melalui aktiviti kebudayaan dan kesenian
- Memberi perkhidmatan yang berkualti ke arah menyemarakkan seni dan budaya kampus
OBJEKTIF UNIT KEBUDAYAAN
Tiga (3) objektir utama Unit Kebudayaan adalah seperti berikut:
- Meningkatkan pembangunan produk seni budaya ke arah mencapai matlamat wawasan negara.
- Menggalakkan eksperimen dan pengubahsuaian teknik dalam karya seni bertujuan membina daya kreativiti mahasiswa.
- Mencungkil dan mengenengahkan bakat serta kebolehan warga kampus dalam bidang kesenian dan kebudayaan
FUNGSI
Unit Kebudayaan bertanggungjawab dalam merancang dan mengendalikan kegiatan kebudayaan dan kesenian serta menyediakan kemudahan yang kondusif kepada warga kampus di dalam aktiviti yang berkaitan dengan kesenian dan kebudayaan terutama kepada para pelajar dan staf.
PIAGAM PELANGGAN UNIT KEBUDAYAAN
- Memberi perkhidmatan, kemudahan dan layanan dengan cekap, efisyen dan mesra Kepada pelanggan.
- Memproses borang tempahan studio dan memberi maklum balas pengesahan tempahan dengan kadar segera kepada pelanggan.
- Menyelaras pengurusan penggunaan studio-studio, peminjaman kostum dan peralatan
- kebudayaan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
- Memastikan prasarana yang disediakan sentiasa bersih, selesa dan selamat digunakan oleh pelanggan.
KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN
Unit Kebudayaan memberi kemudahan dan perkhidmatan seperti berikut:
- Kemudahan tempahan 6 buah Studio Kebudayaan
- Studio Anjung Seni ( Kompleks Kemudahan Pelajar Rafflesia )
- Studio Laman Seni ( Kompleks Kemudahan Pelajar Angsana )
- Studio Lambang Sari ( Kompleks Kemudahan Pelajar Angsana )
- Studio Getaran Seni ( Kompleks Kemudahan Pelajar Rafflesia )
- Studio Sri Panggung ( Bangunan Pusat Pelajar )
- Studio Cempaka Sari ( Bangunan Pusat Pelajar )
- Menyediakan pinjaman kostum dan peralatan kebudayaan kepada pelajar dan staf
- Bilik Busana Dewangga ( Bangunan Pusat Pelajar )
- Memberi khidmat nasihat kepada pelajar berkenaan Kesenian dan Kebudayaan
- Staf Unit Kebudayaan bertindak sebagai Penasihat kepada persatuan
- Khidmat Jurulatih Kebudayaan
- Memantau aktiviti kesenian dan kebudayaan yang dijalankan oleh pelajar



BIL |
NAMA
|
JAWATAN |
NO TELEFON |
|
1 |
RAJA NAZURA BINTI RAJA ANIS |
PENOLONG PEGAWAI KEBUDAYAAN
|
03-3258 4164 |
|
2 |
ABDUL HAZIM BIN HAMZAH |
ARTIS BUDAYA |
03-3258 4169 |
|
UNIT KEBUDAYAAN
ARAS 1, KOMPLEKS KEMUDAHAN PELAJAR RAFFLESIA
UiTM CAWANGAN SELANGOR
KAMPUS PUNCAK ALAM
42300 BANDAR PUNCAK ALAM
SELANGOR DARUL EHSANBorang-Borang Unit Kebudayaan | |||
---|---|---|---|
1 |
BORANG PELARASAN PENDAHULUAN PELBAGAI | [ Download ] | |
2 |
BORANG PENDAHULUAN PELBAGAI | [ Download ] | |
3 |
BORANG PENERIMA HONORARIUM | [ Download ] | |
4 |
BORANG PINJAMAN KOSTUM DAN PERALATAN UNIT KEBUDAYAAN UITM | [ Download ] | |
5 |
BORANG TEMPAHAN PENGGUNAAN STUDIO UNIT KEBUDAYAAN UITM | [ Download ] |