UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN SELANGOR
Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Selangor merupakan cawangan terbesar dalam system Universiti Teknologi MARA dan secara rasmi ditubuhkan pada 1 November 2015, hasil daripada Model Tadbir Urus MultiSistem UiTM. Berpaksikan mendat memperkasakan bumiputera melalui Pendidikan tinggi, UiTM Cawangan Selangor berperanan sebagai hab kecemerlangan akademik dan penyelidikan yang dinamik.
Dengan integrasi lima kampus strategik, Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor mendukung aspirasi universiti dalam melahirkan modal insan kelas pertama yang kompetitif di peringkat global dengan menyokong dan menyediakan prasarana kemudahan pembelajaran bagi dua belas (12) Fakulti, tiga (3) Pusat Kecemerlangan dan satu (1) Pusat Akademik yang berada dalam lima (5) buah kampus di UiTM Cawangan Selangor.
TERDAPAT LIMA (5) BUAH UiTM CAWANGAN SELANGOR IAITU:
- UiTM Puncak Alam
- UiTM Puncak Perdana
- UiTM Dengkil
- UiTM Sungai Buloh
- UiTM Selayang
STRUKTUR KAMPUS DAN NICHE AKADEMIK
Mulai 1 Jun 2027, Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor menguruskan lima kampus cawangan yang mempunyai pengkhususan strategik bagi menyokong kepelbagaian displin ilmu, selaras dengan Keputusan Mesyurarat MEU Bil.14/2017 pada 14 Jun 2017;
- Kampus Puncak Alam (Pusat Pentadbiran): Menjadi nadi pengurusan UiTM Cawangan Selangor serta pusat kecemerlangan bagi bidang Sains Kesihatan, Pengurusan Perniagaan, Perakaunan, Pengurusan Hotel, Sains Sosial dan Pendidikan.
- Kampus Puncak Perdana: Hab inovatif bagi Fakulti Sains Maklumat serta Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA).
- Kampus Dengkil: Pusat pengajian asasi yang komprehensif bagi mempersiapkan pelajar ke peringkat ijazah sarjana muda.
- Kampus Sungai Buloh & Selayang: Fokus utama kepada Pendidikan perubatan dan penyelidikan klinikal, diperkukuh dengan fasiliti Hospital Al-Sultan Abdullah yang berteknologi tinggi yang berada di kampus Puncak Alam.
PENGURUSAN EKSEKUTIF
- Rektor UiTM Cawangan Selangor
- Timbalan Rektor (Penyelidikan & Inovasi)
- Timbalan Rektor (Hal Ehwal Pelajar)
- Timbalan Rektor (Bahagian Hubungan Industri, Komuniti, Alumni dan Keusahawanan (iCARE)
