Kunjungan hormat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana Utama ke UiTM Cawangan Selangor (UCS)

PUNCAK ALAM, 4 Julai 2023 –UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam telah menerima kunjungan dari PIBG SMK Saujana Utama.

Pertemuan telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama HEP Aras 3 Bangunan FF1, UiTM Puncak Alam dan telah dipengerusikan oleh YBhg. Prof. Ts. Dr Asmah Awal, Timbalan Rektor Penyelidikan dan Inovasi (Menjalankan Tugas-tugas Rektor) UiTM Cawangan Selangor (UCS).

Seramai 9 wakil yang terdiri daripada PIBG dan guru SMK Saujana Utama hadir untuk menjalinkan hubungan dua hala bersama-sama UCS dan menjadi sekolah angkat UCS serta akan mengadakan kolaborasi untuk mengangkat martabat pelajar dimasa akan datang dengan menekankan aspek pendidikan di era kontemporari.

 

Sumber : Nor Azyyati Md Saad (Unit Komunikasi Korporat)

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000