Majlis Apresiasi JITEN 2023 UiTM Cawangan Selangor

PUNCAK ALAM, 12 Julai 2023 - Majlis Apresiasi Jawatankuasa Penilaian Projek Dan Teknikal IT dan Elektronik Negeri (JITEN) UiTM Cawangan Selangor Tahun 2023 telah berlangsung di Bilik Seminar 2 PTAR UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam.

Ucapan Aluan Wakil Pengurusan UCS telah disampaikan oleh YBhg. Prof. Ts. Dr Asmah Awal, Timbalan Rektor Penyelidikan dan Inovasi (Menjalankan Tugas-tugas Rektor) UiTM Cawangan Selangor (UCS).

Majlis kemudian diteruskan dengan sesi penyerahan watikah pelantikan Ahli Jawatankuasa JITEN , penyerahan surat dan sijil penghargaan kepada mantan Jawatankuasa JITEN serta nota serahan tugas kepada Setiausaha.

 

Sumber : Nor Azyyati Md Saad (Unit Komunikasi Korporat)

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA Cawangan Selangor
Kampus Puncak Alam, 42300 Bandar Puncak Alam,
Selangor, Malaysia

Emel: korporatucs@uitm.edu.my

Tel: +603-3258 4000